POLIGON SEKATA TAHUN 5
PENGENALAN
Ciri-ciri poligon sekata:
1) Mempunyai sisi yang sama panjang
2) Sudut pedalaman yang sama ukuran
3) Setiap bucu dibatasi pada lilitan
Secara kesimpulannya, boleh dikatakan poligon sekata adalah poligon yang sama sisi kerana mempunyai ukuran yang sama dari segi ukuran sisi dan ukuran sudut.
PEMBELAJARAN MELALUI VIDEO:
JENIS POLIGON SEKATA
Terdapat 6 jenis poligon sekata untuk dipelajari:
1) Segi tiga sama sisi
2) Segi empat sama
3) Pentagon sekata
4) Heksagon sekata
5) Heptagon sekata
6) Oktagon sekata
SEGI TIGA SAMA SISI
Ciri-ciri segi tiga sama sisi:
Bilangan sisi = 3 sisi
Bilangan penjuru = 3 penjuru
Bilangan paksi simetri = 3 paksi simetri
Bilangan sudut = 3 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 0 pepenjuru
SEGI EMPAT SAMA
Ciri-ciri segi empat sama:
Bilangan sisi = 4 sisi
Bilangan penjuru = 4 penjuru
Bilangan paksi simetri = 4 paksi simetri
Bilangan sudut = 4 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 2 pepenjuru
PENTAGON SEKATA
Ciri-ciri pentagon sekata:
Bilangan sisi = 5 sisi
Bilangan penjuru = 5 penjuru
Bilangan paksi simetri = 5 paksi simetri
Bilangan sudut = 5 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 5 pepenjuru
HEKSAGON SEKATA
Ciri-ciri heksagon sekata:
Bilangan sisi = 6 sisi
Bilangan penjuru = 6 penjuru
Bilangan paksi simetri = 6 paksi simetri
Bilangan sudut = 6 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 9 pepenjuru
HEPTAGON SEKATA
Ciri-ciri heptagon sekata:
Bilangan sisi = 7 sisi
Bilangan penjuru = 7 penjuru
Bilangan paksi simetri = 7 paksi simetri
Bilangan sudut = 7 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 14 pepenjuru
OKTAGON SEKATA
Ciri-ciri oktagon sekata:
Bilangan sisi = 8 sisi
Bilangan penjuru = 8 penjuru
Bilangan paksi simetri = 8 paksi simetri
Bilangan sudut = 8 sudut pedalaman yang sama
Bilangan pepenjuru = 20 pepenjuru
AKTIVITI:
Tekan link iniπ: https://wordwall.net/resource/30836646
PERHATIAN!!!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen π